Monday, 22 July 2013

Abdul Rahman bin Auf

Abdul Rahman Bin Auf adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab. Beliau juga adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya sebagaimana juga halnya dengan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. Menurut ahli sejarah, Abdul Rahman Bin Auf dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah dan beliau hidup sebagai seorang pemuda Quraisy dikota Mekah yang ketika itu penuh dengan bermacam-macam kemaksiatan jahiliah berupa penyembahan berhala mahupun kejahatan-kejahatan lainnya. Namun demikian Abdul Rahman terhindar daripada bermacam-macam kejahatan yang berleluasa ketika itu. Bahkan sebelum memeluk agama Islam lagi, Abdul Rahman Bin Auf telah mempunyai anggapan bahawa minuman arak itu adalah terlarang.

Abdul Rahman Bin Auf telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w memasuki Darul Arqam lagi. Oleh hal demikian ternyatalah bahawa beliau tergolong orang-orang Islam yang permulaan dan menurut riwayat beliau adalah orang yang 8 dan orang-orang permulaan yang memeluk Islam. Adalah diriwayatkan bahawa ibu Abdul Rahman Bin Auf sesudah mengetahui Abdul Rahman Bin Auf memeluk Islam, iapun berkata kepada anaknya, "Aku akan berjemur dipanas matahari yang terik di waktu siang dan di waktu malam yang sejuk aku akan bermalam diruang lapang, hinggalah engkau mengaku akan kembali semula kepada agama nenek moyangmu." Demikian ibunya mengancam. Sungguhpun begitu Abdul Rahman Bin Auf tetap tegak memeluk agama suci dan mencintai Rasulullah S.A.W.

Adapun nama asal Abdul Rahman sebelum beliau memeluk Islam ialah Abdul Ka'abah, tetapi kemudian setelah Islam beliau menukar namanya kepada Abdul Rahman. Sebagai seorang sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul Rahman mempunyai satu keistimewaan yang khas iaitu berjuang untuk menegakkan ugama Allah bukan saja dengan pedangnya bahkan dengan harta dan kekayaannya. Beliaulah antara para sahabat yang banyak sekali mengorbankan kekayaannya untuk memperjuangkan kepentingan Islam. Abdul Rahman pernah membahagikan dua kekayaannya untuk dibahagikan kepada fakir miskin dan pernah pula menyerahkan seluruh kekayaannya untuk keperluan sabilillah demi menegakkan panji-panji Islam.

Ramai sahabat yang telah memimpin penjuangan Islam dan menyibarkan syiar Islam yang berjuang sebagai panglima atau sebagai pahlawan Islam yang dikenal sejarah, tetapi Abdul Rahman Bin Auf telah melakukan kepahlawanannya dengan jalan menyerahkan seluruh kekayaannya dalam menegakkan Islam.

Sebagai seorang Islam yang permulaan, Abdul Rahman Bin Auf juga telah mengalami berbagai penderitaan dan penyiksaan dari masyarakat Quraish di Mekah. Oleh kerana memandangkan keadaan kaum Muslimin yang sangat sedikit itu sementelahan pula mengalami berbagai macam ancaman maka Rasulullah s.a.w akhirnya telah memerintahkan para pengikutnya supaya melakukan hijrah ke negeri Abbysinia kerana menurut Rasul disana ada sebuah kerajaan yang tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya. Tidak lama kemudian maka berangkatlah rombongan pertama yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita dan 17 wanita serta anak-anak. Dan diantara yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita lalu disusul dengan rombongan kedua yang terdiri dan 83 lelaki dan 17 wanita serta anak-anak. Dan di antara yang melakukan hijrah tersebut termasuklah Abdul Rahman Bin Auf.

Tidak lama kemudian Abdul Rahman Bin Auf dan beberapa temannya telah kembali ke kota Mekah sehingga sampai pada waktu Allah s.w.t memenintahkan kepada Rasulullah s.a.w untuk melakukan hijrah keYathrib( Madinah)  dilakukan Rasulullah sendiri dan para sahabatnya dan diantaranya termasuk juga Abdul Rahman Bin Auf.Setiba di Madinah sebagaimana yang diperlakukan oleh Rasul terhadap lain-lain sahabat dalam rangka memberikan bantuan, maka Abdul Rahman Bin Auf telah dipersaudarakan oleh Baginda dengan Sa'ad Bin Rabi' seorang daripada golongan Ansar.Demi kecintaan Saad Bin Rabi' kepada saudaranya dan golongan Muhajirin, beliau telah mengatakan kepada Abdul Rahman demikian antara lainnya, "Saudara, ketahuilah bahawa saya adalah seorang Ansar yang banyak harta, dan kiranya saudara sudi ambillah separuh dan kekayaan saya itu. Saya juga mempunyai dua orang isteri dan kiranya Saudara sudi mana satu antaranya, saya sedia mencaraikannya supaya boleh saudara mengahwininya." Mendengarkan kata-kata sahabatnya itu Abdul Rahman Bin Auf seraya menjawab, "Saudaraku, semoga Allah akan memberikan berkat terhadap keluarga dan harta benda saudara. Janganlah disusahkan tentang din saya ini, yang penting bagi saya ialah kiranya saudara sudi menunjukkan saya jalan menuju ke pasar." Sungguh beliau memang seorang pedagang yang berbakat dan pintar. Dalam sekejap masa saja beliau berjaya menunjukkan keahliannya dalam berdagang hingga berjaya memperoleh harta yang banyak. Beliau mempunyai 100 ekor kuda yang dapat dipergunakan dalam peperangan 100 ekor unta dan 10,000 ekor kambing sehingga diwaktu beliau meninggal, tatkala dihitung seperempat dan kekayaannya menyamai jumlah 84 ribu dinar. Akan tetapi disamping kekayaannya yang melimpah-limpah itu, bellau termasuk orang yang paling dermawan dan paling pemurah juga merupakan seorang tokoh sahabat yang paling banyak berbuat kebajikan terhadap kaum fakir miskin.

Pada zaman Rasulullah S.A.W, beliau  pernah membahagikan seluruh kekayaannya dan menyerahkan yang sebahagian itu kepada orang-orang yang memerlukannya. Pernah terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah sekali duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta.

Memandangkan jasa dan pengorbanan menegakkan Islam dengan hanta kekayaannya Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Abdul Rahinan Bin Auf adalah saudagar Tuhan " sebagai memujinya atas peranannya menegakkan ugama ALlah dengan harta kekayaan. Dalam satu riwayat lain pula Rasulullah pernah bersabda, "Sesungguhnya mereka yang memelihara keluarga saya setelah saya meninggal dunia adalah manusia yang benar dan manusia yang mempunyai kebajikan." Dalam hal ini Abdul Rahmanlah salah seorang sahabat yang menyahut seruan Rasulullah s.a.w kerana beliaulah yang menyiapkan kemudahan untuk Ummul Mu'minin dalam melakukan ibadah haji dibawah lindungan beliau.
Disamping memiliki kekayaan yang melimpah-limpah beliau adalah seorang yang takut dan benci kepada harta kekayaan dan selalu menghindarkan din dan pengaruh kekayaannya. Adalah diriwayatkan bahawa pada suatu han Abdul Rahman Bin Auf menangis tersedu-sedu lalu ia ditanyai orang apakah yang menyebabkan beliau menangis itu, lalu dijawabnya, "Sesungguhnya Mas'ab adalah lebih baik daripadaku kerana ia meninggal dunia di zaman Rasul dan diwaktu meninggal dunia ia tidak memiliki sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya. Sesungguhnya Hamzah Bin Muttalib adalah manusia yang lebih utama daripada saya padahal ia tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya. Saya khuatir saya ini termasuk di antara orang-orang yang dipercepat untuk menikmati kebahgiaan dunia fana ini dan saya khuatir bahawa saya akan tersisih daripada para sahabat Nabi diAkhirat kelak disebabkan kerana saya mempunyai banyak harta. Dalam satu riwayat yang lain pula diceritakan orang bahawa tatkala Abdul Rahman Bin Auf memberikan makanan kepada tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu ditanya orang, "Mengapakah engkau menangis hai Ibnu Auf ?" Ia lalu menjawab, "Nabi telah wafat, sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum."

Demikianlah jiwa Abdul Rahman Bin Auf salah seorang sahabat besar Rasulullah. Memandangkan besarnya semangat pengorbanannya itu maka tidaklah hairan kiranya Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa Abdul Rahman adalah di antara sepuluh orang yang telah digembirakan oleh baginda Rasul akan memasuki syurga.

Dizaman Khalifah Umar Al Khattab, Abdul Rahman Bin Auf telah memperoleh kehormatan dan keutamaan di sisi Khalifah. Di zaman Khalifah, beliau pernah dilantik oleh Khalifah Umar untuk memimpin rombongan haji pada tahun pertama setelah Saiyidina Umar dipilih sebagai khalifah. Malah beliau jugalah salah seorang yang telah diwasiatkan oleh Khalifah Umar Al Khattab sebelum kewafatan beliau menjadi salah seorang ahli dalam majlis jawatankuasa di antara enam orang anggota bagi memilih calon khalifah yang akan menggantikan baginda. Beliaulah juga tokoh yang mengetuai tugas untuk menentukan siapakah yang bakal menggantikan Khalifah Umar Al Khattab sebagai khalifah ketiga umat Islam yang akhirnya jatuh ketangan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a.

Pada tahun 31 Hijrah, setelah menempuh hidup didunia yang fana mi selama 74 tahun, berpulanglah tokoh sahabat besar ini kerahmatullah. Dalam usia 75 tahun. Dan sebelum meninggalnya, Ummul Mu'minin Aisyah telah menawarkan bahawa jika ia menghendakinya akan ditempatkan kuburannya nanti di sisi kuburan Nabi, Abu Bakar dan Umar r.a. Dengan suara yang merendah diri ia menjawab bahawa ia malu jika diberi kedudukan yang sedemikian tingginya untuk berkubur di samping Rasul. Dan ia juga menyatakan bahawa dirinya telah terikat janji dengan Uthman Bin Mazh'un bahawa jika salah satu di antara mereka berdua meninggal dunia lebih dahulu, maka ia akan berkubur di samping kuburan kawannya yang lain. Jenazah beliau telah dikebumikan di Baqi dan disembahyangkan oleh Saiyidina Uthman Bin Affan, Zubair Ibnul Awwam dan lain-lain tokoh sahabat.

Talhah ibn Ubaidullah

Pada awalnya, Talhah ibn Ubaidillah merupakan seorang peniaga kain yang berasal dari Makkah. Kerap berniaga dan membawa barangan berharga di Syria. Ibunya bernama Sa'abah binti al-Hadrami.

Pengislamannya

Talhah ibn Ubaidullah memeluk Islam setelah berjumpa dengan seorang pendeta Nasrani ketika berniaga di Busra. Ketahanannya diuji dengan seksaan yang diterima oleh beliau dan Abu Bakar ketika di Makkah. Beliau telah didera oleh ibunya sendiri dan 5 orang yang telah diupah oleh emak nya sendiri kerana beliau memeluk Islam. Beliau sanggup meninggal kan harta nya yang banyak untuk memeluk islam.

Kelebihan Beliau

Rasullah menggelarkan beliau sebagai "Syahid yang hidup" kerana keadaan fizikalnya ketika itu yang sudah cedera akibat terlibat dengan banyak pertempuran bersama baginda. Hadis Nabi berkenaan kehebatan beliau:
"Barangsiapa yang ingin melihat syahid yang sedang berjalan di muka bumi ini, lihatlah pada Talhah ibn Ubaidillah"

Jasa dan Perjuangannya


Talhah bin Ubaidillah berpergian dengan sebuah kafilah Quraisy berniaga ke Syam. Setibanya di Bushra, para pedagang Quraisy masuk ke pasar yang ramai hendak berjual beli. Lain halnya pula dengan Talhah yang ketika itu muda usia nya, pengetahuan dan pengalamannya mengenai perdagangan tidak seperti para pedagang yang tua-tua. Tetapi pemuda itu pintar dan cerdik, sehingga memungkinkannya untuk berlumba dengan mereka yang tua dan berpengalaman memperoleh keuntungan dalam berdagang. 

Ketika mereka sedang berada dalam pasar yang ramai dengan para pengunjung dari segala tempat, Talhah mengalami suatu peristiwa yang mengubah jalan hidupnya secara menyeluruh. Marilah kita dengarkan Talhah mengisahkan riwayat hidupnya sendiri. 

Kata Talhah, “Ketika kami berada di pasar Bushra, tiba-tiba seorang pendeta berseru: “Perhatian! Perhatian bagi kaum pedagang! Adakah di antara tuan-tuan yang berasal dari kota Makkah?” 

Kebetulan aku berdiri tidak jauh dari pendeta tersebut. Lalu kuhampiri dia seraya berkata, “Ya, aku penduduk Makkah!” 

'Sudah munculkah di tengah-tengah kalian orang yang bernama Ahmad?” tanya pendeta kepadaku. 

“Ahmad yang mana?” jawabku balik bertanya 

“Ahmad Ibnu 'Abdullah bin 'Abdul Muththalib. Bulan ini dia pasti muncul. Dia adalah Nabi penutup. Dan dia akan keluar (hijrah dan mengungsi) dari negerimu Tanah Haram, pindah ke negeri berbatu-batu hitam, banyak pohon kurma, negeri yang subur makmur memancarkan air dan garam. Sebaiknya Anda segera menemuinya, hai pemuda!” kata pendeta itu menjelaskan.



Berita yang kuterima dari pendeta itu tertanam ke dalam hatiku. Lalu kuambil unta, dan aku segera pulang kembali ke Makkah. Kafilah aku tinggalkan di belakang, sampai di Makkah, aku bertanya kepada keluargaku. “Adakah suatu peristiwa yang terjadi di Makkah sepeninggalku?” 

“Ada! jawab mereka. Muhammad bin 'Abdullah mengatakan dia Nabi. Putera Abu Quhafah (Abu Bakar Shiddiq) percaya dan mengikuti apa yang dikatakannya.” 

Kata Talhah, “Ya, aku kenal Abu Bakar. Dia seorang yang lapang dada, penyayang dan lemah lembut. Dia pedagang yang berbudi tinggi dan berpendirian lurus. Kami berteman baik dengan dia, dan menyukai majlisnya karena dia ahli sejarah Quraisy dan silsilah keturunan suku itu.” Aku pergi menemui Abu Bakar dan bertanya kepadanya, “Betulkah berita mengenai Muhammad bin 'Abdullah, bahwa dia diangkat Nabi, dan Anda menjadi pengikutnya?” 

“Betul!” jawab Abu Bakar.



Lalu diceritakannya kepadaku kisah Muhammad menjadi Nabi dan Rasul (sejak peristiwa di gua Hira', sampai turunnya ayat pertama). Kemudian diajaknya aku masuk agama baru itu. Sebaliknya aku ceritakan pula kepadanya peristiwa pertemuanku dengan pendeta Bushra, dan berita yang disampaikannya kepadaku. 

Abu Bakar tercengang mendengar ceritaku. Lalu katanya, “Marilah kita pergi menemui Muhammad. Ceritakan kepadanya peristiwa yang engkau alami dengan pendeta Bushra itu, dan dengarlah pula apa yang dikatakan Muhammad tentang agama yang dibawanya, supaya engkau tahu dan memasukinya.” 



"Aku pergi bersama Abu Bakar menemui Muhammad, Setelah bertemu dengannya, dia menjelaskan tentang Islam dan membacakan beberapa ayat Al-Quran kepadaku. Kemudian digembirakannya aku dengan kebaikan dunia dan akhirat." kata Thalhah melanjutkan ceritanya. 

Dadaku terasa lapang untuk menerima Islam. Aku ceritakan pula kepadanya pertemuanku dengan pendeta di Bushra. Beliau sangat gembira mendengar ceritaku, sehingga kegembiraan itu terpancar jelas di wajahnya. Kemudian aku mengucapkan syahadat di hadapannya, tidak ada Tuhan selain Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasulullah. Dengan syahadatku itu, maka aku tercatat sebagai orang keempat yang menyatakan Islam di hadapan Abu Bakar. 

Peristiwa masuknya pemuda Quraisy ini ke dalam Islam, tak ubahnya bagaikan petir menyambar keluarganya. Mereka mengeluh, gelisah dan berkeluh kesah. Dan yang paling sedih ialah ibu Thalhah sendiri. Ibunya mengharapkan Thalhah menjadi pemimpin bagi kaumnya, karena si ibu telah melihat bakat yang terkandung dalam pribadi anaknya, tinggi dan mulia. 

Orang-orang sepersukuan dengan Talhah berusaha keras mengembalikannya ke dalam agama nenek moyang mereka, agama berhala. tetapi mereka tidak berhasil, karena pendirian Thalhah amat kokoh dan kuat, bagaikan gunung karang yang terhunjam dalam perut bumi, tak dapat digoyahkan sedikit jua. Setelah mereka putus asa membujuk Talhah dengan cara lemah lembut, akhirnya mereka bertindak kasar dengan menyeksa dan menyakitinya. 

Mas'ud bin Kharasy bercerita, “Pada suatu hari, ketika aku sa'i antara Shafa dan Marwa, aku melihat sekelompok orang menggiring seorang pemuda dengan tangan terbelenggu ke kuduknya. Orang banyak itu berlari-lari di belakang pemuda tersebut, sambil mendorongnya, memecut dan memukuli kepalanya. Bersama orang banyak itu terdapat seorang wanita lanjut usia, meneriaki si pemuda dengan caci makian." 

Aku bertanya, “Mengapa pemuda itu?” 

Jawab mereka, “Pemuda itu Talhah bin Ubaidillah. Dia keluar dari kepercayaan nenek moyang, lalu mengikuti Muhammad anak Bani Hasyim.” 

Tanyaku, “Siapa wanita tua itu?” 

Jawab mereka, “Ash Sha'bah binti Al Hadhramy, ibu kandung pemuda itu!” 

Kemudian, Naufal bin Khuwalid yang dijuluki sebagai “Asadul Quraisy” (Singa Quraisy), berdiri di hadapan Thalhah dan mengikatnya dengan tali. Kemudian diikatnya pula Abu Bakar Shiddiq. Sesudah itu, kedua-duanya disatukannya, lalu diserahkannya kepada para jagoan dan tukang pukul kota Makkah, untuk disiksa sesuka hati mereka. Maka sejak itu, Thalhah dan Abu Bakar digelari orang “Al Qarinain” (Sepasang sahabat yang terikat). 

Hari demi hari berjalan terus. Satu peristiwa dan peristiwa yang lain sambung-menyambung. Talhah bin Ubaidillah semakin hari semakin dewasa. Cabaran-cabaran yang dialaminya kerana mempertaruhkan agama Allah dan Rasul-Nya tambah meningkat dan semakin besar pula. Tetapi bakti dan perjuangan Talhah menegakkan agama Islam dan membela kaum muslimin semakin tumbuh dan tambah meluas. Sehingga kaum muslimin menggelarinya “Asy Syahidul Hayy” (Syahid yang hidup), dan Rasulullah menjulukinya dengan “Thalhah Al Khair” (Thalhah yang baik), atau “Thalhah Al Jaud” (Thalhah yang pemurah), dan “Thalhah Al Fayyadh” (Thalhah yang dermawan). 

Setiap nama gelaran itu mempunyai latar belakang kisah sendiri-sendiri, yang masing-masing tidak kalah penting dari yang lain. Adapun nama geelaran “Asy Syahid Hayy” (Syahid yang hidup), diperolehnya dalam perang Uhud. Ketika barisan kaum muslimin terpecah belah dan kucar-kacir dari samping Rasulullah, perajurit muslim yang tinggal di dekat beliau hanya sebelas orang Anshar dan Talhah bin Ubaidillah dari kaum Muhajirin. Rasulullah dan orang-orang yang mengawal beliau naik ke sebuah bukit, tetapi beliau dihadang oleh ratusan kaum musyrikin yang hendak membunuhnya. 

Maka bersabda Rasulullah, “Siapa yang berani melawan mereka, maka dia menjadi temanku kelak di syurga.” 

“Saya, ya Rasulullah!" kata Thalhah. 

“Tidak! Jangan engkau! Engkau harus tetap di tempatmu!" Rasulullah memerintahkan. 

“Saya, ya Rasulullah!" kata seorang sahabat Anshar. 

“Ya! Engkau!” kata Rasulullah. 

Perajurit Anshar itu maju melawan perajurit musyrikin, sehingga perajurit Anshar gugur karena membela nabinya. Rasulullah terus naik, tetapi dihadang pula oleh tentara musyrikin. Kata Rasulullah, “Siapa yang berani melawan mereka ini?” 

“Saya, ya Rasulullah!" kata Talhah mendahului yang lain-lain. 

“Tidak! Jangan engkau! Engkau tetap di tempatmu!" kata Rasulullah memerintah. 

“Saya, ya Rasulullah!” kata seorang perajurit Anshar. 

“Ya! Engkau! Maju!” kata Rasulullah. 

Perajurit Anshar itu maju melawan tentara musyrikin, sehingga dia gugur pula. Demikianlah seterusnya, setiap Rasulullah meminta pahlawannya untuk melawan tentara musyrikin, Talhah selalu memajukan diri, tetapi senantiasa ditahan oleh Rasulullah dan diperintahkannya tetap di tempat, dan memberi peluang perajurit Anshar, sehingga sebelas orang perajurit Anshar gugur semuanya menemui syahid. Maka tinggallah Talhah seorang. 

Kata Rasulullah kepada Talhah, “Sekarang engkau, hai Talhah!” 

Dalam perang itu, Rasulullah mengalami patah taring kening dan bibirnya luka, sehingga darah mengucur di muka beliau, dan beliau kepayahan. Karena itu Talhah menerkam musuhnya dan menghalau mereka sekuat tenaga, supaya mereka tidak dapat menghampiri Rasulullah. Kemudian Talhah kembali ke dekat Rasulullah, lalu dinaikkannya beliau sedikit ke bukit, dan disandarkannya ke tebing. Sesudah itu kembali menyerang musuh, sehingga dia berhasil menyingkirkan mereka dari Rasulullah. 

Kata Abu Bakar, “Saya dan Abu Ubaidillah bin Jarah ketika sedang berada agak jauh dari Rasulullah. Setelah kami tiba untuk membantu, beliau berkata, “Tinggalkan aku! Bantulah Talhah, kawan kalian!” Kami dapati Talhah berlumuran darah, yang mengalir dari seluruh tubuhnya. Di tubuhnya terdapat 79 luka bekas tebasan pedang, atau tusukan lembing, dan lemparan panah. Pergelangan tangannya putus sebelah, dan dia terbaring di tanah dalam keadaan pengsan.” 

Rasulullah bersabda sesudah itu mengenai Talhah, “Siapa yang ingin melihat orang berjalan di muka bumi sesudah mengalami kematiannya, maka lihatlah Talhah bin Ubaidillah!” Bila orang membicarakan perang Uhud di hadapan Abu Bakar Shiddiq, maka Abu Bakar berkata, “Perang hari itu adalah peperangan Talhah keseluruhannya.” 

Talhah adalah pedagang besar. Pada suatu hari dia mendapat untung dari Hadhramaut kira-kira 700 000 dirham. Malamnya dia ketakutan, gelisah dan risau. Maka ditanya oleh istrerinya Ummu Kaltsum binti Abu Bakar Shiddiq, “Mengapa kamu gelisah, hai Abu Muhammad, apa kesalahan kami sehingga kamu gelisah?” 

Jawab Talhah, “Tidak! Engkau adalah isteri yang baik dan setia! Tetapi ada yang terfikir olehku sejak semalam, seperti biasanya pikiran seseorang tertuju kepada Tuhannya bila dia tidur, sedangkan harta ini bertumpuk di rumahnya.” 

Jawab isterinya, Ummu Kalthum, “Mengapa kamu begitu risau memikirkannya. Bukankah kaum kamu banyak yang memelurkan pertolongan kamu. Besok pagi bagi-bagikan wang itu kepada mereka.” 

Kata Talhah, “Rahimakillah. (Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadamu!). Engkau wanita beroleh taufiq, anak orang yang selalu diberi taufiq oleh Allah.” Pagi-pagi, dimasukkannya wang itu ke dalam pundi-pundi besar dan kecil, lalu dibagi-bagikannya kepada fakir miskin kaum Muhajirin dan kaum Anshar. 

Diceritakanya pula, seorang laki-laki pernah datang kepada Talhah bin Ubaidillah meminta bantuannya. Hati Talhah tergugah oleh rasa kasihan terhadap orang itu. Lalu katanya, “Aku mempunyai sebidang tanah pemberian Uthman bin 'Affan kepadaku, seharga 300000. Jika engkau suka, ambilah tanah itu, atau aku beli kepadamu tiga ratus ribu dirham.” 

Kata orang itu, “Biarlah aku terima wangnya saja.” Talhah memberikan kepadanya wang sejumlah 300000. 

Sewaktu terjadi Perang Jamal, Talhah bertemu dengan Saidina Ali ra dan Saidina Ali memperingatkan agar beliau mundur ke barisan paling belakang. Sebuah panah mengenai betisnya, maka beliau segera dipindahkan ke Basrah dan tidak berapa lama kemudian karena lukanya yang cukup dalam beliau pun wafat. Talhah wafat pada usia 60 tahun dan dikubur di suatu tempat dekat padang rumput di Basrah. 

Rasulullah pernah berkata kepada para sahabat radhiallahu 'anhum, "Orang ini termasuk yang gugur dan barang siapa senang melihat seorang syahid berjalan di atas bumi, maka lihatlah Talhah." 

Hal itu juga dikatakan Allah SWT dalam firmanNya: "Di antara orang-orang mukmin itu ada orang -orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah janjinya." (Al-Ahzaab: 23) 

Zubair ibn al-Awwam



Abu 'Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan salah seorang "mubasyirin bil-jannah" (10 sahabat yang dijamin masuk syurga). Beliau merupakan salah seorang pejuang yang hebat. Bersama dengan Khalid al-Walid, mereka berdua sahaja yang berkeupayaan untuk berperang dengan dua pedang dalam satu masa, walaupun ketika menunggang kuda.

Keluarga

Zubair berasal dari Bani Asad, merupakan anak kepada Awwam bin Khuwailid bin Asad bin Abdil Uzza bin Qushai bin Kilab dan Saffiyah binti Abd Al-Muttalib (bibi Rasullah s.a.w). Zubair berkahwin dengan Asma binti Abu BAkar. Hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan 3 orang anak lelaki ialah Abdullah ibn Zubair ,Urwah ibn Zubair dan Ursa ibn Zubair.

Kisah Hidup

Zubair memeluk Islam ketika berumur 15 tahun. Semasa Zubair memeluk Islam, diceritakan bahawa bapa saudaranya pernah menghukum beliau dengan membalutnya di dalam tikar lalu kakinya digantung di atas dan di bawah kepalanya api yang membara.

"Lepaskan dirimu dari Tuhan Muhammmad, maka saya akan melepaskan dirimu dari api ini." Kata bapa saudaranya. 

Bapa saudaranya Naufil memaksanya kembali menyembah berhala, tetapi walaupun disiksa berkali-kali, Zubair menegaskan "Tidak,demi Allah saya tidak akan kembali kepada kekufuran selamanya!".



Zubair bin Awwam pernah ikut berhijrah ke Habsyah bersama orang-orang hijrah dari kaum muslimin, dan beliau tetap tinggal disana hingga Rasulullah saw mengizinkannya untuk kembali ke Madinah. Beliau selalu mengikuti peperangan bersama Rasulullah saw, setelah perang Uhud dan orang-orang Quraisy kembali ke Mekah, Rasulullah saw mengirim 70 orang sahabat untuk mendampingi dirinya, termasuk ia termasuk di dalamnya.

Zubair ibn al-Awwam seorang yang dermawan.

Beliau selalu menginfakkan hartanya di jalan Allah. 

Ka’ab berkata tentangnya,“Az-Zubair memiliki 1000 macam kekayaan yang dikeluarkan untuk berperang, dan tidak ada wang satu dirham pun yang masuk kerumahnya," (disedekahkan seluruhnya)

Zubair al-Awwam mensedekahkan seluruh hartanya sampai meninggal dalam keadaan berhutang, dan mewasiatkan kepada anaknya untuk membayarkan hutangnya.

Beliau berkata kepada anaknya,“Jika engkau tidak sanggup membayar hutang saya, maka mintalah tolong kepada Tuanku,” 

Abdullah pun bertanya,“Siapakah yang engkau maksud dengan Tuan?" 

Zubair menjawab,"Allah, Dialah sebaik-baik pemimpin dan penolong.” 

Lalu setelah itu Abdullah berkata,“Demi Allah saya tidak pernah mengalami kesusahan dalam membayar hutangnya, kecuali saya berkata,'Wahai Pemimpin/pemilik Zubair bayarlah hutang Zubair,' maka Diapun menggantinya." (Al-Bukhari).

Zubair kurang meriwayatkan hadis, walaupun beliau selalu bersama Rasulullah saw. Anaknya Abdullah pernah bertanya akan sebab tersebut, maka diapun berkata,“Walaupun antara saya dan Rasulullah saw memiliki hubungan keluarga dan kerabat namun saya pernah mendengar beliau pernah bersabda,'Barangsiapa yang berkata dusta atasku dengan sengaja, maka akan ditempatkan di neraka.'” (Al-Bukhari). 

Kerana itu dia sangat takut meriwayatkan hadis yang tidak pernah diucapkan oleh Rasulullah s.a.w sehingga tergelincir ke dalam neraka.

Semanagat Perjuangan

Zubair adalah perajurit dakwah yang berani menyandang senjata untuk melawan orang-orang yang menghendaki gugurnya dakwah Islamiah. Kepahlawanannya telah tampak pertama kali pada waktu Perang Badar. Dalam peperangan itu, pasukan Quraisy menempatkan pendekarnya di barisan paling hadapan yang dipimpin oleh Ubaidah bin Said Ibnul Aash. Beliau dikenal sebagai seorang yang paling berani, paling pandai dalam menunggang kuda dan paling kejam terhadap lawan.
Walaupun seluruh tubuh Ubaidah berbalut baju besi sehingga sulit ditembus dengan senjata, Zubair sedia terjun ke medan tempur dan terjadilah perang tanding yang seru sekali antaranya dan Ubaidah. Dalam 2 kali putaran Zubair berjaya mengarahkan lembingnya ke mata Ubaidah dan berhasil menusuk kedua mata itu sampai ke belakang kepalanya.
Semasa Perang Uhud pula, Talhah bin Abu Talhah Al-Abdari, pembawa bendera kaum Musyrikin pada hari itu telah mengajak perang tanding, tetapi tiada seorang pun yang mahu keluar menemuinya. Maka Zubair bin Al-Awwam r.a keluar untuk menghadapinya. Mereka berdua bertarung sampai Zubair melompat ke atas untanya, dan menariknya jatuh ke atas tanah, dan di situ dia bertarung dengan Talhah, sehingga akhirnya Zubair dapat mengalahkan Talhah dan membunuhnya dengan pedangnya. 

Lantaran itu Rasulullah SAW telah berkata: "Tiap-tiap Nabi ada pengiringnya, dan pengiringku ialah Zubair." 

Kemudian Baginda berkata lagi: "Kalau Zubair tidak keluar melawannya, nescaya aku sendiri yang akan keluar dan melawannya, kerana melihat banyak orang yang tidak sanggup melawannya. (Al-Bidayah Wan-Nihayah 4:20)

Saat-saat terakhir

Saat Zubair bin Awwam keluar dalam perang Al-Jamal antara pasukan yang dipimpin oleh Aishah binti Abu Bakar dengan pasukan Ali bin Abi Talib, seseorang dari kaum Tamim bernama Amru bin Jarmuz mengikuti beliau dan membunuhnya dari belakang di suatu tempat yang bernama lembah Siba. Lalu Amru pergi ke Imam Ali bin Abi Talib dengan menduga bahawa dia telah membawa khabar gembira. Setelah mengetahui hal tersebut Imam Ali bin Abi Talib berteriak dan berkata kepada pembantunya,“Berikan khabar kepada pembunuh putra Sofiyyah dengan neraka, sungguh Rasulullah saw pernah bersabda kepada saya bahwa pembunuh Zubair adalah penghuni neraka.” (Ahmad, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan At-Thobroni). Zubair bin Awwam wafat pada hari Kamis bulan Jumadil Awwal tahun 36 Hijriyyah, sedangkan umurnya saat itu 66/67 tahun.

Sa'ad bin Abi Waqas




Nama penuh Saad bin Abi Waqas adalah Saad Bin Malik bin Uhaib bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab. Beliau dilahirkan 23 tahun sebelum Hijrah dan merupakan bapa saudara nabi dari sebelah ibu. Saad termasuk dalam kumpulan yang pertama memeluk Islam dan semasa itu berumur 17 tahun. Beliau turut serta dalam perang Badar dan seluruh peperangan yang lain bersama Nabi Muhammad dan merupakan orang yang pertama memanah pada jalan Allah. Sa’ad memang seorang pemanah terkenal, sebagaimana penuturannya: “Demi Allah, sayalah orang pertama yang melepaskan anak panah di jalan Allah.” 




Peristiwa itu terjadi ketika Rasulullah mengutus 60 orang ke Mekah di bawah pimpinan Ubaidah bin Haris. Mereka diutus karena kaum kafir Quraisy sering melakukan pelanggaran terhadap isi Perjanjian Hudaibiyah. Di antara 60 orang itu, salah satunya adalah Sa’ad. Setibanya di Hijaz, mereka menuju mata air yang bernama Wadi Rabig. Ternyata, di sana telah menunggu pasukan kafir Quraisy yang berjumlah 200 orang di bawah pimpinan Abu Sufian. Akhirnya, kedua pasukan yang tidak seimbang itu pun saling berhadapan dan siap untuk menyerang. Melihat keadaan yang tidak begitu menguntungkan, Sa’ad dan teman-temannya berusaha untuk menghindari pertempuran. Mereka mengutus delegasi untuk melakukan perundingan dengan pihak kafir Quraisy. Dari perundingan itu maka tercapailah kesepakatan damai, sehingga pertempuran yang tidak seimbang dapat dihindarkan. Namun demikian, sempat juga terjadi pemberontakan singkat ketika beberapa anggota pasukan kafir Quraisy menyerang. Saat itu, Sa’ad yang bersenjatakan panah dengan gagah berani melepaskan anak panahnya. lnilah anak panah yang pertama dilepaskan untuk membela agama Allah, yang membuat Sa’ad terkenal sebagai pemanah pertama di jalan Allah.


Kisah Sa’ad bin Abi Waqqash – Keahlian Sa’ad dalam memanah diakui oleh semua sahabat pada masanya. Bahkan Rasulullah saw. pun mengakuinya, sampai-sampai beliau menjaminkan kedua orang tuanya untuk anak panah yang dilepaskan Sa’ad. lni terjadi ketika perang Uhud berkecamuk. Saat itu Rasulullah saw. berseru kepada Sa’ad, “Panahlah wahai Sa’ad, bapa dan ibuku menjadi jaminan bagimu!” (Hadith Riwayat Tarmizi)
Tentang hal ini Ali bin Abi Thalib berkata, “Tidak pernah saya dengar Rasulullah menyediakan ibu bapaknya sebagai jaminan seseorang, kecuali bagi Sa’ad.”
Ketakwaan Saad bin Abi Waqas sebagai orang mukmin
Dikisahkan, suatu hari Rasulullah sedang duduk-duduk bersama para sahabat. Tiba-tiba beliau menatap dan menajamkan pandangannya ke suatu arah seperti sedang menunggu bisikan atau kata-kata rahasia. Kemudian beliau menoleh kepada para sahabat, lalu berkata, “Sebentar lagi akan muncul di hadapan kalian seorang laki-laki penghuni syurga.”
Para sahabat pun melihat ke segala arah untuk mengetahui siapakah laki-laki yang sangat beruntung menjadi penghuni surga itu. Tidak lama kemudian, muncullah di hadapan mereka Sa’ad bin Abi Waqqas. Tentu saja para sahabat berasa kagum, bahkan sebahagian daripada mereka tetanya-tanya apakah gerangan yang menjamin Sa’ad masuk surga?
Salah seorang sahabat yang tetany-tanya itu adalah Abdullah bin Amr bin Ash. Dia mendatangi Sa’ad di rumahnya, kemudian meminta Sa’ad untuk memberi tahu rahasia amalannya yang menjaminnya sebagai penghuni syurga. 
“Wahai Sa’ad, amal ibadah apakah yang menyebabkan engkau disebut oleh Rasulullah sebagai penghuni surga?” tanya Abdullah kepada Sa’ad.
Amal ibadah yang kukerjakan sama dengan amal ibadah kalian. Kata Sa’ad.
“Tidak mungkin!” sergah Abdullah. 
Jika amalmu sama dengan amalku, mengapa aku tidak terjamin masuk surga sepertimu? Kamu jangan bohong, Sa’ad. Kamu pasti memiliki amalan khusus yang membuatmu istimewa di hadapan Allah.”  Desak Abdullah.
“Demi Allah, saya tidak berbohong, Abdullah. Bagaimana mungkin amalan kita berbeda, sedangkan sumber kita sama?” Kata Sa’ad cuba untuk meyakinkan Abdullah.
“Kalaupun ada yang berbeda di antara kita, yang itu menyebabkan diriku menjadi istimewa di hadapan-Nya, mungkin satu hal.” Kata Saad lagi.
“Apa hal yang satu itu, wahai Sa’ad?” Seru Abdullah tak sabar. Tampak kedua matanya berbinar-binar penuh harap.
“Aku tidak pernah menaruh dendam ataupun dengki kepada seorang pun di antara kaum muslimin. Mungkin itu yang membuatku istimewa di hadapan Allah. Wallahu a’lam,” kata Sa’ad. 
Jawapan Sa’ad ini menunjukkan betapa mulia hatinya, sehingga tidak terselit sedikit pun di hatinya rasa dengki, apalagi kebencian atau dendam kepada saudara-saudaranya seimannya.
Sa'ad berpegang teguh kepada prinsip ajaran Islam.

Peristiwa yang dikaitkan dengan sifat unggul ini ialah sikapnya kepada ibunya yang memaksanya keluar dari Islam. Saad adalah anak kepada Hamnah binti Abu Sufyan. Beliau amat patuh dan taat kepada ibunya. Apabila ibunya mengetahui Saad memeluk Islam, ibunya sangat marah dan bersumpah tidak akan berbicara dengan Saad dan tidak akan menjamah sebarang makanan dan minuman. 



Ibunya berkata: ”Wahai anakku, sekiranya kamu tidak meninggalkan agama baru yang kamu anuti itu, aku tidak akan makan dan minum sehingga aku mati. Apabila aku mati penduduk Mekah akan mencela kamu sebagai pembunuh ibunya sendiri.” 




Saad berkata kepada ibunya: ”Wahai ibuku, sekiranya ibu mempunyai 100 nyawa dan nyawa-nyawa itu keluar satu persatu dari tubuh ibu, aku tetap tidak akan meninggalkan agamaku. Apabila ibu berasa lapar, makanlah dan sekiranya ibu tidak mahu makan, tak usahlah makan.” 




Akhirnya ibunya mengalah dan menjamah semula makanan dan minuman.


Berhubung dengan peristiwa ini Allah s.w.t telah berfirman “Dan jika kedua ibubapa kamu memaksa kamu supaya mempersekutukan Aku dengan sesuatu tanpa pengetahuanmu, maka janganlah kamu menurutinya namun gauli mereka dengan baik di dunia. Ikutlah jalan orang-orang yang kembali kepada-Ku, hanya kepada Akulah tempat kembali dan Aku khabarkan kepadamu apa yang kamu lakukan.” (Surah Luqman ayat 15)

Sa’ad bin Abi Waqas sebagai kesatria berkuda yang gagah berani. 
Dia mempunyai 2 senjata yang amat kuat, iaitu panahnya dan doanya. Jika dia memanah musuh dalam peperangan, pastilah akan mengenai sasarannya, dan jika dia menyampaikan suatu permohonan kepada Allah pastilah dikabulkan-Nya. Hal ini disebabkan oleh doa yang diucapkan Rasulullah saw., ketika pada suatu hari Rasulullah menyaksikan sesuatu yang menyenangkan dalam diri Sa’ad. 
Kerana sangat berkenan, Rasullah s.a.w pun berdoa:
Alhhumma saddid ramyatahu wa ajib da’watahu.” (Ya Allah, tepatkanlah bidikan panahnya dan kabulkanlah doa-doanya). Doa manusia pilihan yang menjadi kekasih Allah inilah yang menjadi jaminan bagi ketepatan anak panah Sa’ad serta termakbul doanya.
Sejak saat itu, Sa’ad terkenal dengan doanya yang sangat makbul. Sa’ad sendiri sedar akan kekuatan doanya, sehingga dia enggan berdoa bagi kerugian orang lain kecuali menyerahkan keputusan kepada Allah swt. Riwayat berikut menggambarkan betapa doa Sa’ad makbul, dan betapa Sa’ad benar-benar menjaga lidahnya. 
Suatu hari Sa’ad mendengar seorang laki-laki memaki AIi bin Abi Thalib, Talhah bin Ubaidillah, dan Zubair bin Awwam. Ketiganya adalah sahabat-sahabat Nabi saw. yang utama. Mendengar makian laki-laki itu, Sa’ad merasa sangat sedih. Lalu beliau berusaha menyuruh laki-laki itu menghentikan makiannya. Nnamun orang itu tidak mengendahkannya.
“Kalau begitu, saya akan mendoakan kamu.” ancam Sa’ad. 
“Rupanya kamu hendak menakut-nakutkan ku, seolah-olah kamu seorang nabi. Silakan saja mendoakan aku. Aku tidak takut!” jawab laki-laki itu menantang. 
Maka Sa’ad pergi mengambil wudu, kemudian dia mengerjakan salat dua rakaat. Setelah itu, diangkatlah kedua tangannya seraya berdoa,“Ya Allah, sekiranya menurut ilmu-Mu laki-laki ini telah memaki segolongan orang yang telah beroleh kebaikan dari-Mu, dan tindakannya itu mengundang murka-Mu, maka mohon jadikanlah hal itu sebagai pertanda dan suatu pelajaran. Amin…”
Selepas Sa’ad menyelesaikan doanya, dari salah satu pekarangan rumah muncul seekor unta liar dan tanpa bisa dibendung masuk ke dalam lingkungan orang banyak, seolah-olah ada yang dicarinya. Begitu dilihatnya laki-laki pemaki, unta itu pun menerjang. Ditendangnya laki-laki itu dengan kaki-kakinya yang panjang dan kuat. Laki-laki itu tersungkur di tanah, sementara unta liar itu berdiri di atasnya sambil meraung marah. Selepas itu, unta liar itu kembali menyeksa laki-laki pemaki tadi sehingga akhirnyamereka tewas dan menemui ajal. Demikianlah gambaran kekuatan doa Sa’ad. 
Keberanian dan kegagahannya sebagai seorang prajurit 
Sa’ad tidak pernah tidak datang dalam setiap peperangan yang diikuti oleh Nabi saw. Setelah Nabi saw. wafat, dia juga tetap menjadi salah seorang prajurit kepercayaan para khalifah. Pada masa pemerintahan khalifah Umar bin Khattab, Sa’ad diangkat menjadi panglima perang Qadisiyah yang amat menentukan keberhasilan syiar lslam di wilayah lraq. Perang Qadisiyah terjadi antara pasukan muslimin yang berjumlah sekitar 30000 orang dengan pasukan Parsi yang jumlahnya mencapai 100000 orang.
Saat memimpin perang, Sa’ad sedang sakit. Sekujur tubuhnya dipenuhi bisul yang sangat menyeksakan dan berpecahan setiap kali tubuhnya terhentak di atas kudanya. Namun, meskipun sekujur tubuhnya berlumuran darah akibat bisul-bisul yang berpecahan, Sa’ad tetap bersemangat memimpin pasukannya meskipun sakit yang sangat menyeksakan , dia tetap meneriakkan aba-aba dan takbir penggugah semangat dengan lantang sehingga pasukannya terus bertempur dengan semangat juang yang gigih.
‘Ayo Abdullah, serang bagian sayap kiri. Engkau al-Haris’ masuk ke jantung pertahanan musuh. Engkau Fulan, ke arah sana. Ayo kita sambut surga’ Allahu akbar!”
Teriakan Sa’ad yang lantang dan penuh semangat terbukti mampu membangkitkan semangat jihad pasukannya. Pasukan muslimin yang kalah dalam jumlah yang banyak mampu mengungguli pasukan musuh dalam semangat dan keberanian, Mereka bertempur tanpa takut atau gentar, bahkan seakan-akan mereka berebut menyambut kematian. Dan memang demikianlah adanya, mati sebagai syahid di jalan Allah adalah dambaan setiap diri prajurit muslim yang gagah berani itu, Akhirnya peperangan yang menelan ribuan korban itu telah dimenangi oleh pasukan muslimin, setelah panglima perang Persi terbunuh terlebih dahulu sehingga pasukannya kucar-kacir. Dalam sakitnya, Sa’ad masih membuktikan keperwiraannya sebagai seorang kesatria berkuda yang teguh. Pantaslah jika Khalifah Umar bin Khattab mempercayakan kepemimpinan pasukan muslimin di Qadisiyah kepadanya
Sa’ad meninggal pada usia yang sangat lanjut, sehingga dia termasuk sahabat Nabi yang meninggal paling akhir. Ketika hendak menemui ajalnya, Sa’ad meminta anaknya untuk membuka sebuah peti yang ternyata isinya adalah sehelai kain tua yang telah usang dan lapuk. Sa’ad meraih kain itu dari tangan putranya, kemudian menciumnya dengan penuh perasaan.
“Telah kuhadapi orang-orang musyrik waktu perang Badar dengan memakai kain ini. Aku telah menyimpan kain ini sekian lama untuk keperluan seperti hari ini.” kata Sa’ad.
“Apa maksud ayah?” tanya putranya.
“Anakku, setelah aku mati nanti, kafanilah jasadku dengan kain ini. Aku ingin menghadap Allah dengannya.” kata Sa’ad.
 Setelah itu, Sa’ad menghembuskan napasnya yang terakhir. Jasadnya dikafani dengan sehelai kain lusuh, kemudian dimakamkan di dekat sahabat-sahabat Nabi saw. yang telah mendahuluinya.

Kisah Uwais al-Qarni dan Ibunya


Illustrasi Uwaisal-Qarni dan ibunya
Uwais Al-Qarni adalah seorang pemuda miskin yang tidak dikenali dikalangan orang kebanyakkan ketika itu dan pemuda ini hidup di zaman Rasulullah  ﷺ namun tidak pernah bertemu baginda. Walaubagaimanapun,mengikut sesetengah pendapat mengatakan Uwais juga tergolong sebagai sahabat Rasulullah walaupun tidak pernah bersua..ini kerana Uwais sangat2 berhajat menemui Rasulullah, namun ketaatan menjaga ibunya yang sudah uzur menyebabkan Uwais terpaksa memendamkan hasrat di hati.

Uwais al-Qarni hanya tinggal bersama seorang ibu yang sudah tua, buta dan lumpuh. Malah, ibu tua itu cuma bergantung harap pada Uwais untuk menguruskan kehidupannya. Di situlah mereka dua beranak meneruskan kehidupan tanpa ada sanak saudara. Tatkala ibunya memerlukan bantuan, Uwais tidak pernah mengeluh dan akan menguruskan ibunya terlebih dahulu sebelum membuat perkara lain.

Selain dikenali sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya. Uwais juga sangat taat melakukan ibadah, beliau seringkali berpuasa dan malam hari masanya terisi dengan ibadah solat-solat sunat dan tahajud kepada Allah SWT.

Rasulullah  pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali KaramAllahu wajhah (k.w.): “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?” 

Rasulullah  menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”

Memang benarlah kata-kata Rasulullah Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Setelah puas menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya mereka bertemu juga dengan Uwais al-Qarni .

Jika dilihat dari pandangan mata kasar orang biasa, Uwais al-Qarni tiada ciri-ciri istimewa kerana dari pandangan luaran beliau seperti orang yang tidak sempurna akal dan dianggap sebagai seorang yang kurang waras, tetapi beliau ada sesuatu yang kita tidak ketahui..

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya bertompok putih, yakni putih penyakit yang tidak digemari. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan bapanya telah meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Walaupun beliau seorang berpenyakit sopak, beliau adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya dan beliau begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya dan setia menjaga ibunya yang sudah uzur dan lumpuh sampai beliau dewasa.Ibunya mempunyai hajat untuk menunaikan haji di Makkah. Namun dengan kudrat yang sebegitu,ibu Uwais tidak mampu untuk ke Makkah berjalan seorang diri.Lalu dia mengutarakan hasratnya kepada Uwais supaya mengikhtiarkan sesuatu agar dia boleh dibawa ke Makkah menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Makkah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’ iaitu sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa namun harganya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan perbelanjaan yang sedemikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.

Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin tua dan uzur berkata kepada anaknya: “Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”

Uwais mendapat suatu ilham.Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu.Beliau membuat sebuah pondok (rumah kecildi atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (beliau buat pondok untuk lembu itu di atas bukit).Pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas ‘Tilal’ dan pada pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari ‘Tilal’ tersebut untuk diberi makan.Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit.Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya,Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20 kilogram,selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg.Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100 kilogram turun dan naik bukit setiap hari.Semua ini dilakukan nya sebagai persediaan untuk dia membawa ibunya menunaikan haji.Selepas lapan bulan,apabila sampai musim haji,dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Makkah dengan kedua tangannya.Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air,roti dan sebagainya.Lembu yang beratnya 100 kilogram boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan sekitar 50 kilogram.Beliau mendukung dan memangku ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Makkah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Makkah.

Setelah pulang semula ke Yaman,ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”

Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa ibu.”

Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”

Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”

Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah SWT hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”

Uwais berkata: “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”

Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah SWT menyembuhkan tompok putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu.

Namun kerana beliau takut masih ada dosa pada dirinya, beliau berdoa: “Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang tompok putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”

Maka, Allah SWT segera memakbulkan doanya dan menghilangkan penyakit sopak di seluruh badannya kecuali meninggalkan setompok sebesar duit syiling di tengkuknyaTanda tompok putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah.Dan tanda itulah yang disebutkan oleh Rasulullah kepada Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali untuk mengenali Uwais al-Qarni.

Disebut Rasulullah  kepada Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali: “Tandanya akan kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”

Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas ibunya meninggal, Uwais menjadi seorang yang soleh dan ditinggikan martabatnya di sisi Allah sehingga dia menjadi seorang yang doanya paling makbul.

Apabila Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais al-Qarni dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah , mereka berdua pun meminta supaya Uwais mendoakan supaya dosa mereka diampunkan Allah SWT.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah  kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.”

Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Setelah itu Sayyidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: “Anda hendak pergi ke mana?”

Uwais menjawab: "Kufah"

Sayyidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?”

Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”

Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit.

Firman Allah SWT :

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ
  “Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.”  (Surah Al-Isra’, ayat 23)