Monday, 22 July 2013

Zubair ibn al-Awwam



Abu 'Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan salah seorang "mubasyirin bil-jannah" (10 sahabat yang dijamin masuk syurga). Beliau merupakan salah seorang pejuang yang hebat. Bersama dengan Khalid al-Walid, mereka berdua sahaja yang berkeupayaan untuk berperang dengan dua pedang dalam satu masa, walaupun ketika menunggang kuda.

Keluarga

Zubair berasal dari Bani Asad, merupakan anak kepada Awwam bin Khuwailid bin Asad bin Abdil Uzza bin Qushai bin Kilab dan Saffiyah binti Abd Al-Muttalib (bibi Rasullah s.a.w). Zubair berkahwin dengan Asma binti Abu BAkar. Hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan 3 orang anak lelaki ialah Abdullah ibn Zubair ,Urwah ibn Zubair dan Ursa ibn Zubair.

Kisah Hidup

Zubair memeluk Islam ketika berumur 15 tahun. Semasa Zubair memeluk Islam, diceritakan bahawa bapa saudaranya pernah menghukum beliau dengan membalutnya di dalam tikar lalu kakinya digantung di atas dan di bawah kepalanya api yang membara.

"Lepaskan dirimu dari Tuhan Muhammmad, maka saya akan melepaskan dirimu dari api ini." Kata bapa saudaranya. 

Bapa saudaranya Naufil memaksanya kembali menyembah berhala, tetapi walaupun disiksa berkali-kali, Zubair menegaskan "Tidak,demi Allah saya tidak akan kembali kepada kekufuran selamanya!".



Zubair bin Awwam pernah ikut berhijrah ke Habsyah bersama orang-orang hijrah dari kaum muslimin, dan beliau tetap tinggal disana hingga Rasulullah saw mengizinkannya untuk kembali ke Madinah. Beliau selalu mengikuti peperangan bersama Rasulullah saw, setelah perang Uhud dan orang-orang Quraisy kembali ke Mekah, Rasulullah saw mengirim 70 orang sahabat untuk mendampingi dirinya, termasuk ia termasuk di dalamnya.

Zubair ibn al-Awwam seorang yang dermawan.

Beliau selalu menginfakkan hartanya di jalan Allah. 

Ka’ab berkata tentangnya,“Az-Zubair memiliki 1000 macam kekayaan yang dikeluarkan untuk berperang, dan tidak ada wang satu dirham pun yang masuk kerumahnya," (disedekahkan seluruhnya)

Zubair al-Awwam mensedekahkan seluruh hartanya sampai meninggal dalam keadaan berhutang, dan mewasiatkan kepada anaknya untuk membayarkan hutangnya.

Beliau berkata kepada anaknya,“Jika engkau tidak sanggup membayar hutang saya, maka mintalah tolong kepada Tuanku,” 

Abdullah pun bertanya,“Siapakah yang engkau maksud dengan Tuan?" 

Zubair menjawab,"Allah, Dialah sebaik-baik pemimpin dan penolong.” 

Lalu setelah itu Abdullah berkata,“Demi Allah saya tidak pernah mengalami kesusahan dalam membayar hutangnya, kecuali saya berkata,'Wahai Pemimpin/pemilik Zubair bayarlah hutang Zubair,' maka Diapun menggantinya." (Al-Bukhari).

Zubair kurang meriwayatkan hadis, walaupun beliau selalu bersama Rasulullah saw. Anaknya Abdullah pernah bertanya akan sebab tersebut, maka diapun berkata,“Walaupun antara saya dan Rasulullah saw memiliki hubungan keluarga dan kerabat namun saya pernah mendengar beliau pernah bersabda,'Barangsiapa yang berkata dusta atasku dengan sengaja, maka akan ditempatkan di neraka.'” (Al-Bukhari). 

Kerana itu dia sangat takut meriwayatkan hadis yang tidak pernah diucapkan oleh Rasulullah s.a.w sehingga tergelincir ke dalam neraka.

Semanagat Perjuangan

Zubair adalah perajurit dakwah yang berani menyandang senjata untuk melawan orang-orang yang menghendaki gugurnya dakwah Islamiah. Kepahlawanannya telah tampak pertama kali pada waktu Perang Badar. Dalam peperangan itu, pasukan Quraisy menempatkan pendekarnya di barisan paling hadapan yang dipimpin oleh Ubaidah bin Said Ibnul Aash. Beliau dikenal sebagai seorang yang paling berani, paling pandai dalam menunggang kuda dan paling kejam terhadap lawan.
Walaupun seluruh tubuh Ubaidah berbalut baju besi sehingga sulit ditembus dengan senjata, Zubair sedia terjun ke medan tempur dan terjadilah perang tanding yang seru sekali antaranya dan Ubaidah. Dalam 2 kali putaran Zubair berjaya mengarahkan lembingnya ke mata Ubaidah dan berhasil menusuk kedua mata itu sampai ke belakang kepalanya.
Semasa Perang Uhud pula, Talhah bin Abu Talhah Al-Abdari, pembawa bendera kaum Musyrikin pada hari itu telah mengajak perang tanding, tetapi tiada seorang pun yang mahu keluar menemuinya. Maka Zubair bin Al-Awwam r.a keluar untuk menghadapinya. Mereka berdua bertarung sampai Zubair melompat ke atas untanya, dan menariknya jatuh ke atas tanah, dan di situ dia bertarung dengan Talhah, sehingga akhirnya Zubair dapat mengalahkan Talhah dan membunuhnya dengan pedangnya. 

Lantaran itu Rasulullah SAW telah berkata: "Tiap-tiap Nabi ada pengiringnya, dan pengiringku ialah Zubair." 

Kemudian Baginda berkata lagi: "Kalau Zubair tidak keluar melawannya, nescaya aku sendiri yang akan keluar dan melawannya, kerana melihat banyak orang yang tidak sanggup melawannya. (Al-Bidayah Wan-Nihayah 4:20)

Saat-saat terakhir

Saat Zubair bin Awwam keluar dalam perang Al-Jamal antara pasukan yang dipimpin oleh Aishah binti Abu Bakar dengan pasukan Ali bin Abi Talib, seseorang dari kaum Tamim bernama Amru bin Jarmuz mengikuti beliau dan membunuhnya dari belakang di suatu tempat yang bernama lembah Siba. Lalu Amru pergi ke Imam Ali bin Abi Talib dengan menduga bahawa dia telah membawa khabar gembira. Setelah mengetahui hal tersebut Imam Ali bin Abi Talib berteriak dan berkata kepada pembantunya,“Berikan khabar kepada pembunuh putra Sofiyyah dengan neraka, sungguh Rasulullah saw pernah bersabda kepada saya bahwa pembunuh Zubair adalah penghuni neraka.” (Ahmad, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan At-Thobroni). Zubair bin Awwam wafat pada hari Kamis bulan Jumadil Awwal tahun 36 Hijriyyah, sedangkan umurnya saat itu 66/67 tahun.

No comments:

Post a Comment